Monday, March 7, 2011

pabila seorang guru mula bersuara~~

seorang guru, bukan sebuah mesin..
seorang guru bukan seperti angin,
tapi seorang guru merupakan seorang manusia, yang sentiasa berbakti untuk menjadi penerang jalan kepada para pelajarnya..
namun, persoalan mulai timbul, adakah seorang pelajar itu mampu melayani seorang guru dengan baik? menghidangkan seorang guru dengan kata2 yang manis, mimik muka yang bersoapan dan tingkah laku yang lembut? belum tentu. seorang guru hanya akan mulai bersuara apabila dia mulai kecewa. anak2 murid saya, saya bukan marahkan kalian, tapi saya nak kalian menjadi seorang manusia yang berjaya. berakal, dan mampu utk survive pabila tiba masanya. tapi, ape yang kalian kata? saya seorang guru yang langsi, seoarng guru yang bersuara kuat, menjerit, seorang guru yang kalian nak tggu pada masa balik, bukan sebagai tanda h0rmat, tapi sebagai tanda tak puas ati.. buat la kalian, buat la anak2 muridku. pabila umur mulai remaja, kadang-kala kalian terlupa, cara yang sebenar untuk melayan seorang yang lebih tua dari kalian.. aku, tak gentar pada kata-kata kalian, kerana aku seorang guru, yang perlu mendidik kalian, seperti mana janjiku dahulu pada ya Rabb..

"aku ingin menjadi guru kerana ingin mendidik anak bangsaku sendiri.from zero, to a hero, from nothing to something"
itu kata-kataku yang akan aku pegang, dari langkah kaki ku mula bertatih dalam bidang perguruan, hingga akhir nafasku.

No comments:

Post a Comment