Tuesday, September 13, 2011

::relationship between student and teacher::

assalamualaikum reader...

tetiba hati teringin nak sentuh pasai hubungan antara seorang guru dan juga pelajarnya... hubungan yang melibatkan pergaulan, bukan perhubungan hati ye...

kalau diperhatikan sekarang ni, profesion keguruan, telah  mula dilapisi dengan generasi baru-yang merupakan pelapis kepada golongan lama. secara tidak langsung, hal ini turut memberi kesan kepada perhubungan antara status guru dan juga pelajar. perhubungan antara guru-pelajar bagi generasi yang lebih senior dalam bidang keguruan ini, sebenarnya lebih kepada GURU dan PELAJAR, yang mana, kadang-kadang tiada dimasukkan sekali unsur keakraban dalam perhubungan tersebut. guru terus dengan status gurunya, tanpa cuba menyelami rasa hati para pelajar yang rata-ratanya masih bergelar remaja yang mana jiwanya lebih bergolak dengan seribu satu perasaan dan saat ini, mereka sangat memerlukan perhatian dan bimbingan.

namun begitu, sekiranya diperhatikan perhubungan antara guru dan pelajar yang melibatkan guru-guru muda pada masa kini, lebih kepada perhubungan yang lebih akrab. pelajar bebas membicarakan apa juga masalah dan juga persoalan yang terkandung dalam fikiran. guru-guru muda lebih bersikap terbuka dalam segala hal, dan mampu untuk terjun bersama dengan para pelajar di dalam permasalahan mereka disamping menjadi pembimbing. namun begitu, urusan hormat-menghormati masih lagi merupakan satu titik fokus yang utama di dalam jalinan perhubungan ini.

secara teorinya, mengapakan fenomena seperti ini mampu untuk diekspresikan dalam sebuah komuniti yang terdiri daripada golongan pentadbir, guru dan pelajar? jawapan utama yang mampu ditimbulkan di sini adalah berkaitan dengan faktor umur, yakni, beza ataupun jurang umur antara guru senior dan juga pelajar, menjangkau ke angka 20,30 malahan 40 tahun. hal ini berbeza dengan guru muda yang mana, beza umur mereka hanyakan kira-kira 15 tahun sahaja. secara tidak langsung, guru muda mempunyai tahap pemikiran yang lebih dekat dengan cara pemikiran anak-anak muda masa kini.

namun begitu, daripada pandangan saya, iaitu seorang bakal guru baru, perhubungan yang saya terapkan dengan para pelajar adalah sebuah perhubungan yang akrab, namun mash dibatasi dengan adab-adab pergaulan yang tertentu. apa yang cuba saya tekankan, bukanlah saya meminta agar setiap guru mengaplikasikan cara perhubungan seperti ini, namun setidak-tidaknya rapatkan sedikit jurang yang tercipta, agar para pelajar tidak rasa canggung ataupun tertekan dengan situasi persekolahan, sekaligus menipiskan minat mereka untuk terus datang ke sekolah dengan bersemangat. daripada pengalaman sendiri, saya juga berpeluang untuk mengenali guru-guru yang kurang sifat akrab dan mesranya, sehingga mampu mewujudkan situasi yang tidak selesa sehingga ke saat ini.

apakah punca rencana ini digarap untuk menjadi sebuah bahan bacaan, lengkap dengan bahasa baku seperti mana sebuah penulisan akademik? jawapannya, zaman persekolahan adalah sebuah zaman yang penuh warna warni dan juga zaman peperangan, bukan sahaja bagi kita sebagai seorang guru, namun juga kepada para pelajar. dengan sebuah perhubungan yang akrab, setidak-tidaknya, kita mampu untuk menjadi seorang pembimbing dan juga rakan kepada pelajar, sekaligus mengelakkan mereka daripada tersalah langkah. pelajar juga sama dengan manusia lain, juga sama seperti kita sebagai manusia, yang mana mereka memerlukan perhatian dan kasih sayang, bukan umpatan, cercaan dan juga pandangan sinis. bayangkan jika ada manusia lain yang melakukan hal yang sama kepada anak-anak kita, tentu sahaja perkembangan emosi mereka terbantut dan mereka terkurung dan sentiasa beranggapan bahawa mereka tidak disayangi dan mereka akan mengurung diri mereka dalam sebuah dimensi yang berlainan dengan manusia lain.

"cik suhaida, mengapa awak ingin menjadi seorang guru?"
-saya ingin menjadi seorang guru kerana ingin mendidik anak bangsa saya, menjadikan mereka daripada kosong kepada sesuatu yang berguna, membimbing mereka agar tidak tersalah lang-

mungkin kedengaran klise, tetapi itulah impian yang akan aku junjung.

p/s: tersentuh dengan seorang pelajar, menghantar kata-kata di laman sosialku

"nak cikgu su......saya tengah sedih"


disaat masih bergelar pelajar, dengan baju seragam, kini, status telah berubah menjadi seorang pendidik.



No comments:

Post a Comment